Apple mungkin berkata model keluaran terbaru,  iPhone X merupakan masa depan telefon pintar bagaimanapun disebabkan harga yang mahal ramai yang tidak berkemampuan untuk merasai teknologi canggih dihasilkan organisasi dari Amerika Syarikat itu.

BACA: Kini Arab Saudi Benarkan Panggung Wayang

Harga jualan bagi iPhone X adalah RM5,149 bagi model 64GB manakala model 256GB mencecah RM5,899.

Bukan semua individu mampu untuk membelanjakan sejumlah itu bagi mendapatkan sebuah telefon bimbit dan kerana itulah sebuah jenama telefon mudah alih dari China menghasilkan telefon pintar baharu yang hampir sama seperti iPhone X namun dengan harga jauh lebih murah.

Leagoo, syarikat yang berpangkalan di Shenzen ini telah mendedahkan Leagoo S9 yang memiliki reka bentuk seakan iPhone X.

Menggunakan peranti Android, s9 menawarkan skirn AMOLED 5.85 inci, pemproses MediaTek P40, RAM 6GB dan memori 128GB.

Model S9 hanya dijual dengan harga RM1,225 namun buat masa ini peranti itu hanya dijual di China sahaja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Unboxing iPhone X and Giveaway?