Bila terlampau sayangkan seseorang, kita sanggup lakukan apa saja demi mereka dan kadangkala sifat cemburu boleh menguasai diri bila melihat orang tersayang mesra atau peramah dengan orang lain.

Seorang lelaki berasal dari Moscow, Russia sanggup memotong kedua-dua pergelangan tangan isteri akibat tidak mampu mengawal sifat cemburu terhadapnya.

BACA: Duduk Di Hutan Sebab Tak Tahan Isteri Bebel

Dmitry Grachyov, 26 tahun, memotong tangan isterinya kerana berasakan isterinya, Margarita curang dengannya.

Grachyov dikatakan mengheret mangsa ke dalam hutan sebelum mengugut mahu memotong tangan mangsa dengan kapak kerana mahu mangsa mengaku curang, lapor sebuah akhbar di Moscow. Kejam betul!

Selepas panik melihat tangan mangsa yang juga isterinya berlumuran darah, Grachyov segera membawanya ke hospital kemudian menyerah diri di balai polis.

Menurut doktor, pihaknya hanya dapat menyelamatkan sebelah tangan sahaja selepas menjalani sembilan jam pembedahan manakala sebelah lagi tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan parah.

Untuk pengetahuan anda, pasangan tersebut sudah lima tahun berkahwin dan dikurniakan dua orang anak lelaki berusia empat dan tiga tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:
Suami Isteri Gaduh Sebab Ubat Gigi
Lewat Hidang Makan, Suami Tembak Isteri

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam