Ini sememangnya berita mengejutkan buat umat Islam seluruh dunia apabila masjid bersejarah di bandar Palestin iaitu Masjid Al-Ahmar dijadikan sebagai kelab malam oleh Majlis perbandaran Israel.

Terdahulu, masjid tersebut dijadikan sekolah Yahudi, kemudian pusat bagi kempen pilihan raya parti Likud dan kemudian kedai pakaian sebelum ditukar kepada kelab malam.

BACA: Tun M Kutuk Israel Atas Kematian 60 Rakyat Palestin

Masjid itu kini dibuka untuk hampir semua acara kecuali solat. Ia dijadikan bar dan dewan perkahwinan, malah namanya turut ditukar kepada Khan Al-Ahmar.

Setiausaha Infak Safed dan Tiberias, Khair Tabari, berkata beliau menunggu mahkamah Nazareth membuat keputusan mengenai aduan yang difailkan meminta masjid itu dikosongkan dan dikembalikan kepada agensi itu.

Tabari menambah, beliau menyertakan dokumen membuktikan pemilikan masjid berkenaan dan menggesa parti politik dan badan popular meningkat kerjasama dengannya dalam usaha menyelamatkan masjid berkenaan daripada sebarang pelanggaran.

Sebelum dihalau keluar dari rumah mereka pada 1948, Safed mempunyai 12,000 penduduk Palestin. Masjid Al-Ahmar antara rumah ibadat umat Islam paling bersejarah di bandar raya Safed, yang terletak di utara Palestin, yang diceroboh rejim Zionis pada 1948.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kambing Golek & Satay Pilihan Hati