Susulan kematian 60 rakyat Palestin di tangan tentera rejim zionis ketika bantahan di sepadan Gaza Isnin lalu, Perdana Menteri hari ini mengutuk sekeras-kerasnya Israel di atas pembunuhan tersebut.

Tun M juga turut meluahkan rasa simpati terhadap rakyat Palestin yang sanggup berjuang menentang Israel.

BACA: Trump Sedia Iktiraf Baitulmaqdis Ibu Negara Israel

“Kita menentang pembunuhan orang awam oleh Israel. Kita bersimpati terhadap rakyat Palestin dan menentang Israel,” katanya.

Menurut Tun M lagi, Malaysia menentang pemindahan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmuqqadis.

Laporan menyebut bahawa sejumlah rakyat Palestin sedang mengadakan bantahan terhadap pemindahan kontroversi itu apabila tentera Israel melepaskan tembakan terhadap mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Singgah Sarang Mr. Buurng Di Port Dickson