Tak semua lelaki berani untuk membotakkan kepala mereka kerana terutama masyarakat Jepun yang menganggap ia sebagai memalukan.

Daripada membiarkan rambut perlahan-lahan semakin nipis akibat rambut gugur setiap hari, ada baiknya juga jika kita membotakkan kepala terus, bukan?

BACA: Makanan ‘Peha Wanita’ Jadi Kegilaan Di Jepun

Di daerah Akasaka, Tokyo, Jepun, sebuah restoran khas untuk lelaki bernama Otasuke Izakaya yang selalu dikunjungi oleh golongan lelaki berumur, lapor suara.com.

Pemilik restoran, Yoshiko Toyoda mencari inspirasi bagi menghargai lelaki yang penat bekerja dengan memberi diskaun kepada pelanggan botak.

Menurutnya, dia yakin tindakannya itu adalah sangat bagus dalam memupuk semangat mereka yang bekerja keras untuk kehidupan mereka.

Malah, anda boleh mendapat diskaun lebih jika membawa rakan-rakan yang berambut botak datang ke restoran tersebut.

Bagi masyarakat Jepun, botak terjadi akibat tekanan kerja dan promosi ini merupakan tanda penghormatan buat mereka yang sanggup bekerja keras untuk menyara keluarga.

Memang unik betul idea yang dilakukan oleh pemilik restoran itu yang begitu prihatin di samping dapat menarik perhatian pelanggan untuk makan di kedainya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makanan Hospital Di Jepun Mungkin Yang Terbaik Di Dunia
“Hamburger Straw” Popular Di Jepun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Telur Di Kelantan