Pasti ada di antara anda yang terpaksa berhadapan dengan jiran yang tidak bertimbang rasa dengan membuat bising sehingga lewat malam sehingga mengganggu ketenteraman orang sekeliling.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa anda kini boleh melaporkan aduan jika menghadapi gangguan bising daripada jiran. Menerusi Facebook rasmi mereka, dalam satu kenyataan memberitahu, membuat bunyi bising yang keterlaluan adalah sejenis kemudaratan (nuisances) dan merupakan satu kesalahan jenayah dan boleh didakwa.

BACA: “Ubah Perkataan Mat Rempit Jadi Brother Motor”

Anda boleh laporkan di balai polis berdekatan untuk tindakan pihak berkuasa jika anda mempunyai jiran yang selalu buat bising seperti bermain mercun, rem motor dengan kuat, gelak ketawa dengan kuat, memasang muzik secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Turut diingatkan agar tidak bertindak sendiri untuk menangani masalah jiran yang membuat bunyi bising, bimbang anda sendiri pula yang akan didakwa atas kesalahan jenayah.

Dalam pada itu, pihak PDRM turut mengingatkan orang ramai untuk bertolak ansur dan bersama-sama menjaga semangat kejiranan serta lebih bersikap prihatin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Steamboat Wajib Datang Di Putrajaya! 😍