Kek batik ialah sebuah ‘kek’ yang tidak perlu untuk dibakar dan ia amat mudah untuk dibuat. Ia bukan sahaja diminati ramai, malah ada yang menceburi bidang perniagaan dengan menjual kek batik kerana mendapat permintaan tinggi daripada penggemar kek batik.

BACA: Mudahnya Buat Kek Milo Ni!

Sumber dari aliff.co

Seorang lelaki kurang upaya (OKU), Mohd Shahril Daud, 40 tahun, memperoleh pendapatan sebanyak RM10,000 sebulan dengan menjual kek batik.

Shahril menjual Airil Kek Batik dengan memasarkannya di kedai kek, kantin dan koperasi sekolah di sekitar Johor Bahru.

Sumber dari qlkitchen.com

“Purata pendapatan saya sehingga RM10,000 sebulan dan pernah merekodkan jualan RM16,000 pada Februari tahun ini,” ujarnya.

Menurutnya, dia mula melibatkan diri dengan bidang perniagaan setelah dirinya terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2006 dan kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan tersebut.

Sumber dari hmetro.com.my

Dia bukan sahaja mampu ‘bangkit’ setelah mengalami kemalangan, tetapi berjaya dalam perniagaan yang diusahakannya sehingga dia dinobatkan sebagai peserta terbaik penerima bantuan Azam Kerja Muafakat Johor 2016.

“Saya terpilih sebagai seorang daripada 669 peserta Program Azam Kerja Muafakat Johor 2016 dan bersyukur apabila menerima anugerah peserta terbaik program ini,” katanya dalam nada penuh bersyukur.

“Saya menerima bantuan peti sejuk daripada kerajaan negeri, membolehkan saya menerima lebih banyak pesanan pelanggan,” tambahnya ketika berada di Majlis Pelancaran Azam Kerja Muafakat Johor 2017 untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Negeri Johor R Vidyananthan.

Shahril berjaya membuktikan kecacatan diri bukanlah penghalang untuk dirinya berjaya dalam hidup. Diharap lebih ramai golongan kurang upaya akan berjaya sepertinya tidak kira dalam bidang apa yang mereka ceburi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kek Batik & Agar-Agar Horlicks