Ini mungkin sangat mengejutkan dimana satu kajian terbaru mendedahkan orang pendek lebih berisiko menghidap diabetes jenis 2 berbanding orang tinggi.

Kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu memberitahu setiap pertambahan ketinggian sebanyak 10 sentimeter mengurangkan risiko penyakit itu sebanyak 41 peratus di kalangan lelaki dan 33 peratus untuk wanita.

BACA: Setahun Berhenti Merokok, Lelaki Ini Berjaya Jimat RM6,120

Orang pendek lebih berisiko tinggi menghidap diabetes dipercayai mempunyai kaitan dengan kandungan lemak lebih tinggi di dalam hati sekaligus risiko yang lebih besar untuk penyakit jantung, strok dan diabetes.

Penyelidik juga memberitahu orang tinggi memiliki sensitiviti insulin manakala sel khas yang merembes hormon tersebut dalam pankreas mereka juga berfungsi dengan lebih baik.

Kajian tersebut dilakukan ke atas lebih 16,600 wanita dan hampir 11,000 lelaki berusia antara 40 hingga 65 tahun di Potsdam, Jerman dari tahun 1994 hingga 1998.

“Kajian ini mendapati ketinggian merupakan penanda yang berguna dalam meramal risiko diabetes,” kata pasukan saintis itu.

Menurut Persekutuan Diabetes Antarabangsa, Kira-kira 420 juta orang di seluruh dunia menderita akibat diabetes pada masa ini manakala angka tersebut dijangka me­ningkat kepada 629 juta menjelang tahun 2045.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱