Apabila sebut tentang makanan yang diproses pasti kita akan terbayang makanan yang tidak sihat dan tidak memberikan nutrisi kepada tubuh badan serta tinggi kandungan bahan pengawet dan bahan perisa. Bahkan pelbagai kajian membuktikan makanan seperti itu menyebabkan seseorang itu mudah terkena penyakit.

BACA: Pencuri Pulang Semula Motor, Isi Minyak Penuh

Ini kerana makanan diproses yang kita sering bayangkan adalah bahan daging diproses seperti sosej, nugget mahupun kepingan daging burger yang memang tinggi kandungan gula, garam serta bahan pengawetnya.

Sebenarnya definisi makanan proses itu luas iaitu makanan disejuk beku, pengetinan, disalai, dikeringkan mahupun dipasturkan.

Gambar: The Star

Adakah anda tahu terdapat juga makanan proses yang elok dan baik untuk pengguna ambil setiap hari seperti susu kotak yang dipastur.

Proses pempasteuran adalah satu proses yang mana makanan berbentuk cecair seperti susu dan jus buah-buahan dipanaskan pada suhu 63°C-72°C selema 15 saat dan disejukkan sengan segera.

Proses ini dapat mematikan organisma dan mengekalkan nutrien dan rasa bahan makanan tersebut.

Menerusi Star2.com seorang pakar dietetik Hong Kong, Sally Shi-Po Poon memberitahu ada makanan proses yang boleh menjadi hidangan diet yang sihat.

Bahkan seorang pakar pemakanan yang lain, Vin Ip juga mengatakan seseorang itu perlu pandai membezakan makanan diproses ringan ataupun makanan proses yang diproses berat.

Antaranya produk kekacang dan bijirin yang diproses untuk mengekalkan rasa dan kesegarannya elok untuk diambil setiap hari cuma pengguna perlu pastikan ia tidak dicampur dengan gula dan garam yang tinggi.

Namun begitu makanan diproses berat seperti sosej, nugget, sos pasta siap masak dan yoghurt berperisa memang tidak elok diambil setiap hari kerana kandungan bahan pengawet yang tinggi.

VIDEO: Apa Ada Dengan Wonder Cheese?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram