Seorang kakak sepatutnya menjadi tempat berlindung buat adik-adik, namun malang buat seorang remaja perempuan ini yang dirogol dan diliwat oleh abang iparnya sendiri dan perbuatan terkutuk suspek itu dibela oleh kakak kandungnya sendiri.

Memetik laporan Astro Awani, remaja berusia 18 tahun itu berdepan detik hitam selama dua tahun apabila menjadi mangsa nafsu serakah abang iparnya. Tidak cukup dengan itu, mangsa penah dipukul oleh suspek menggunakan tali pinggang sekira nafsunya tidak dilayan.

BACA: Rogol Anak 623 Kali, Bapa Dipenjara 48 Tahun

Kakak akan memarahi mangsa jika tidak ‘layan’ suaminya

Lebih menjijikkan, suspek juga pernah merakamkan hubungan seks dengan mangsa menggunakan telefon dan mengugut untuk tidak melaporkan kepada polis atau video itu akan ditunjukkan kepada suami mangsa sekiranya mangsa berkahwin nanti.

Lebih mengejutkan, kakaknya sendiri bertindak memarahai mangsa sekiranya tidak menurut nafsu suaminya itu.

Laporan mendedahkan, kejadian yang berlaku berulang kali sejak mangsa berusia 16 tahun menyebabkan mangsa kini hamil lapan minggu selepas hasil pemeriksaan doktor.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, mangsa bagaimanapun melaporkan perkara itu kepada pihaknya pada Jumaat lepas, pada 9.30 malam.

Menjadi mangsa kerakusan abang ipar sejak usia 16 tahun

“Mangsa mendakwa pada hari sama, jam 2 pagi semasa berada di rumah abang iparnya (suspek) telah menggunakan tali pinggang untuk memukul mangsa di bahagian belakang kerana enggan melayani kehendak suspek untuk melakukan hubungan seks.

“Kali terakhir mangsa dipaksa melakukan hubungan seks adalah pada Selasa lepas sebanyak dua kali dan mangsa turut diliwat oleh suspek.

“Mangsa yang tinggal bersama kakak kandungnya dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek sejak dari umur 16 tahun (tanpa kerelaan mangsa). Sekiranya mangsa tidak melayan kehendak suspek, kakak mangsa (isteri suspek) turut memarahi mangsa,” katanya.

Hasil siasatan lanjut, pihak polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan abang ipar mangsa. Suspek direman selama tujuh hari dan siasatan masih dijalankan, kes disiasat mengikut Seksyen 376, 377D dan 324 Kanun Keseksaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉