Seperti yang diketahui, Malaysia kini berdepan cuaca panas dan pasti ramai yang tidak selesa kerana kerap berpeluh. Jadi ramai yang memilih untuk memasang pendingin hawa untuk menyejukkan badan.

Pasti ramai di antara anda sering memasang penghawa dingin pada suhu 16 darjah celsius. Sehubungan itu, syarikat utiliti elektrik terbesar Malaysia, Tenaga Nasional Berhad menasihatkan agar pengguna mengamalkan penggunaan pendingin hawa secara bijak.

BACA: Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Hujung Mac

Foto: NST

Menurut TNB lagi, tetapan suhu yang dicadangkan antara 24 hingga 26 darjah celsius. Ia sekaligus membantu mengurangkan berlakunya penggunaan elektrik yang terlalu tinggi.

TNB turut menasihatkan agar pengguna menyelenggara pendingin hawa atau menukar pendingin hawa yang lama dengan yang baru dan lebih jimat tenaga.  Lagi pun jika anda mengikut nasihat oleh TNB ini ia sekaligus menjimatkan bil elektrik anda.

jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi