Baru-baru ini, seorang wanita memberi komen biadap ke atas kematian anggota bomba itu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia. Komen wanita tersebut yang membabitkan sensitiviti agama menjadi perhatian ramai dan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan netizen.

Hasil pencarian netizen segala maklumat tentang wanita itu sehingga tempat dimana dia bekerja turut didedahkan di media sosial. Berikutan itu, wanita tersebut yang merupakan kakitangan Honda Honda Sri Utama telah digantung perkhidmatannya bagi membolehkan pengurusan syarikat menjalankan siasatan dalaman.

BACA: Hina Pemergian Adib, Wanita Ini Dikecam Teruk & Digantung Kerja

Namun, rata-rata netizen beranggapan keputusan wanita itu yang hanya digantung kerja adalah tidak adil. Mungkin kerana terkesan dengan desakan netizen akhirnya Honda Sri Utama Auto Sdn. Bhd telah memecat kekitangan berkenaan dengan serta merta.

Menerusi Facebook Honda Sri Utama Auto Malaysia, pihak mereka memaklumkan bahawa siasatan dalam telah pun dijalankan dan pekerja tersebut didapati telah melanggar dasar syarikat salah lakunya dan telah diberhentikan dengan kadar segera.

Dalam pada itu, mereka sekali lagi memohon maaf di atas tindakan pekerjanya itu yang telah mengguriskan hati banyak pihak. Pihaknya juga akan lebih prihatin dalam melatih pekerja mereka untuk menanamkan nilai moral yang tinggi dan menghormati semua individu.

Beberapa hari lalu, wanita tersebut bernama Caryn Yean telah mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh kepercayaan orang lain. Komen wanita tersebut berbunyi, “bukan kerajaan gagal, tuhan u (kamu) yang gagal tak sembuhkan Adib” dalam satu Facebook Live akhbar tempatan itu tular dan menerima kecaman teruk oleh netizen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱