Baru saja berusia 7 tahun, kanak-kanak bernama Ryan ini sudah bergelar jutawan apabila dia mampu menjana pendapatan sebanyak $22 juta (RM92 juta) melalui YouTube miliknya ‘Ryan ToysReview’ dengan hanya membuat ulasan mengenai permainan baru.

Saluran YouTube tersebut meraih tempat pertama tahun 2018 akaun YouTube dengan pendapatan paling tinggi dalam senarai tahunan Forbes.

BACA: Streamer Video Game Tempatan Jana Lebih RM10,000 Sebulan

Saluran YouTube Ryan ToysReview telah menjana pendapatan kira-kira RM92 juta dalam masa 12 bulan sehingga 1 Jun 2018, dimana naik lebih RM45 juta daripada tahun lalu. Ryan ToysReview sekaligus mengatasi bintang YouTuber terkemuka, Jake Paul dengan RM2 juta.

Pada awalnya, Ryan mula memuat naik video di Youtube setelah menonton beberapa video ulasan alat permainan. Ibunya yang ketika itu adalah seorang guru mengambil keputusan untuk berhenti dan membantu Ryan sepenuh masa.

Setakat ini, Ryan mempunyai seramai 17.3 juta pengikut. Saluran YouTube tersebut mula ditubuhkan pada tahun 2015 oleh ibu bapanya dan mula tular sejak Ryan mengkaji sebuah kotak yang mengandungi ratusan mainan daripada siri ‘Car’ terbitan animasi Disney. Video tersebut telah mendapat lebih 935 juta tontonan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer? 😱 😱 😱