Baru-baru ini, tular di media sosial aduan serta rungutan orang ramai mengenai bil elektrik mereka yang tiba-tiba mendadak naik meskipun tahap penggunaan seperti bulan-bulan sebelumnya.

Susulan itu ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu tersebut.

BACA: TNB Nasihat Kawal Suhu Aircond 24 Hingga 26 Darjah Celcius Sahaja

Menerima kecaman teruk daripadan netizen, TNB Careline tampil memberikan kenyataan bagi menerangkan isu yang sedang hangat diperkatakan itu. Menurut pihak TNB, jumlah bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan bacaan meter.

Berdasar kenyataan tersebut, pengguna boleh menikmati kadar bayaran terendah iaitu RM0.218 pada 233 kWh (unit) dan caj dikenakan sebanyak RM50.79 secara purata.

Jika anda masih mengalami kekeliruan mengenai bil atau akaun, boleh hubungi pihak TNB untuk penjelasan lanjut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi