Selepas hukuman sebat dijatuhkan kepada pesalah LGBT di Terengganu baru-baru ini, kerajaan negeri Kelantan kini dalam proses untuk menetapkan pindaan hukuman sebatan di khalayak ramai bagi pesalah jenayah syariah.

Memetik laporan MalaysiaKini, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata pihaknya dalam perbincangan untuk menjalankan hukuman sebat di kawasan masjid dan stadium.

BACA: Pengikut Syiah Sudah Lama Bertapak Di Kelantan

“Sehingga ini masih dalam perhatian untuk diwartakan, yang boleh menyebabkan kita rotan di khalayak ramai.

“Kita dalam cadangan dan perbincangan pertamanya dalam dewan tertutup, di dalam atau kawasan masjid dan stadium,” katanya kepada MalaysiaKini.

Bagaimanapun, hukuman itu tidak melibatkan sebatan terhadap pesalah lesbian kerana mengkikut Seksyen 15, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan No 2 1985, seseorang perempuan yang sengaja melakukan musahakah dengan perempuan lain, boleh didenda tidak lebih RM500 atau penjara.

Menurut beliau lagi, jenayah syariah yang melibatkan sebatan seperti kesalahan minum arak, mukadimah zina, qazaf (tuduhan zina), dan liwat.

Walau bagaimanapun, tidak diketahui bila hukuman sebat di khalayak ramai itu akan dijalankan memandangkan pewartaan tersebut masih dalam proses.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱