Baru-baru ini, kumpulan pengikut Syiah ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dipercayai mengamalkan ajaran tersebut sejak lima hingga enam tahun lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud, pihaknya sudah lama menerima maklumat mengenai kumpulan itu namun tidak dapat mengambil tindakan kerana kekurangan bukti.

BACA: Pondan Di Kelantan Boleh Dipenjara, Denda RM1,000

“Kumpulan syiah ini bukan baru, saya difahamkan mereka sudah lama bertapak di negeri ini, iaitu antara lima hingga enam tahun, atau mungkin lebih, tetapi mereka ini pandai sembunyikan kegiatan.

“Pihak penguat kuasa sudah berbulan-bulan intip dan kelmarin, barangkali mereka tidak dapat hidu kehadiran pihak berkuasa ketika mengadakan upacara keagamaan yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya kepada Utusan Online. 

Terdahulu, media melaporkan seramai 50 individu dipercayai pengikut syiah ditahan dalam satu operasi di Jalan Sri Cemerlang ketika mereka melakukan upacara keagamaan sempena sambutan ambang Hari Kebangsaan.

Dalam serbuan itu pihak berkuasa merampas pelbagai bahan bukti termasuk buku-buku dan bahan bacaan yang dikaitkan dengan ajaran syiah.

Ditanya desas-desus mengenai penahanan seorang pemimpin parti politik dalam operasi itu, Nassuruddin berkata, beliau tidak mengetahui perkara itu. Kata beliau lagi, individu yang membuat kesalahan perlu diambil tindakan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱