Kita pernah digemparkan mengenai kisah kematian seorang pelajar tahfiz di Johor pada bulan April lalu itu telah disahkan berpunca dari kencing tikus.

Sebelum ini, punca kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11 tahun, didakwa didera oleh warden asrama sekolah itu namun hasil bedah siasat menunjukkan punca sebenar kematian ialah dari kencing tikus.

BACA: Jom Buat Ayam Tandoori Kepada Yang Sedang Berdiet

Sumber dari themalaymailonline.com

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, laporan bedah siasat menunjukkan keadaan kulit nekrosis (purpura fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di saluran darah mangsa seterusnya membuatkan warna kulit berubah serta kegagalan organ untuk berfungsi dengan baik.

Dia turut menerangkan bahawa proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa dilakukan pada hari yang sama selepas mangsa meninggal dunia. Sampel tisu dan darah mangsa juga diambil untuk dianalisis oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Jabatan Kimia Malaysia.

Sumber dari nst.com.my

Mangsa meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail sebelum sempat menjalani pembedahan memotong tangan kanannya bagi mengelak bakteria daripada merebak setelah kedua-dua kakinya dipotong bagi tujuan yang sama.

“Susulan daripada kejadian tersebut juga satu Jawatankuasa Khas Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. (Anggota) Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar perunding forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat melaporkan kepada pihak Bernama bahawa pihaknya akan mengemas kini kertas siasatan berkaitan kes Mohamad Thaqif setelah menerima laporan bedah siasat tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bulgogi & Samgyetang Halal? | Korea Pt 02