Baru-baru ini, virus tangan, kaki dan mulut (HFMD) menular di Malaysia. Lebih 2,000 kanak-kanak dilaporkan menghidap virus tersebut sejak awal Januari lalu. Dilaporkan kes paling banyak terjadi di Pulau Pinang sehingga menyebabkan banyak sekolah telah ditutup.

Terbaru, sebuah kelas di Sekolah Rendan Taman Tun Dr Ismail 2 diarahkan tutup selepas 4 daripada mereka dijangkiti virus tersebut.

BACA: Virus HFMD Ditemui Di Troli Pasar Raya Di Penang

Memetik laporan Kosmo, Pegawai Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengesahkan terdapat 4 kes HFMD dilaporkan membabitkan murid lelaki tahun 3 sekolah itu.

Kesemua 36 murid diberikan cuti 10 hari bagi membolehkan kerja pembersihan dan pembasmian kuman dijalankan.

“Menurut notis dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Kepong, hanya bilik darjah terbabit diarah tutup mulai Selasa. Notis penutupan itu dibuat bagi membolehkan kerja pembersihan dan pembasmian kuman dijalankan selain memastikan pelajar lain tidak dijangkiti wabak sama,” katanya.

Tinjauan di sekolah terbabit mendapati aktiviti persekolahan berlangsung seperti biasa dengan pengurusan sekolah juga mengesahkan kesemua murid daripada bilik darjah terbabit sudah bercuti, mulai semalam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MISI 24 JAM DALAM KAWALAN ANDA!!! 🔥🔥🔥