Semalam tular di media sosial rakaman video kejadian seorang wanita maut apabila gerai nasi lemak tempat mangsa bekerja di Taman Bertam Indah, Pulau Pinang dirempuh oleh seorang lelaki.

Dalam kejadian itu, Roslinda Mohamad Isa, meninggal dunia di Hospital Kepala Batas (HKB) akibat kecederaan parah dialami manakala suaminya Mat Subri Saad, yang berada bersamanya turut parah.

BACA: Merajuk Dengan Ibu, Calon PT3 Maut Terjun Tingkat 11

Memetik laporan Harian Metro, pemandu itu mendakwa dia tidak dapat mengawal apa yang berlaku kerana dipercayai terlalu khayal malah mengaku memandu dalam keadaan mabuk.

Posted by NAN NAZ on Ahad, 16 Jun 2019

Menerusi satu rakaman di Facebook itu turut menunjukkan pemandu kereta berkenaan cuba menjelaskan bahawa kejadian itu bukan kesalahannya.

Pemandu itu yang duduk di atas bekas pencawang elektrik yang terbalik itu dilihat ketawa dan mengugut untuk membunuh diri kerana diasak dengan pelbagai soalan oleh orang awam yang memarahinya kerana menjadi punca kejadian itu.

Menurut Mat Subri, ketika kejadian, dia dan isterinya sedang menyusun nasi lemak seperti kebiasaan sebelum tiba-tiba dia terdengar bunyi brek kereta.

Katanya lagi, sejurus tercampak, dia hanya sedar selepas dibawa ke hospital dan tidak mengetahui keadaan isterinya.

“Saya terdengar bunyi brek kereta yang kuat dan nampak kereta menghala ke arah kedai. Saya dan isteri tidak sempat menyelamatkan diri sebelum dirempuh dan tercampak ke belakang.

“Saya diberitahu isteri saya sudah meninggal dunia dan tidak menyangka dia meninggal dalam keadaan sedemikian,” katanya.

Suspek didapati positif ganja, tiada lesen memandu

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, hasil ujian air kencing suspek didapati positif ganja.

Malah lelaki berkenaan tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan keretanya tamat tempoh. Tin minuman keras di dalam kereta yang dipandunya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥