Gara-gara merajuk dengan ibunya, seorang pelajar perempuan tingkatan tiga maut selepas terjun tingkat 11 rumahnya. Kejadian dipercayai berlaku di Lebuh Sungai Pinang, Georgetown, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang hanya disedari kira-kira 8 pagi itu, mangsa ditemui meninggal dunia berhampiran kolam renang oleh pekerja pembersihan.

BACA: Gagal Ujian Memandu, Remaja Berusia 21 Tahun Bunuh Diri

Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati berpunca apabila mangsa merajuk dengan ibunya dan meninggalkan nota mahu membunuh diri.

“Bagaimanapun, ibu mangsa menganggap nota bunuh diri yang ditinggalkan anaknya itu hanyalah gurauan dan tidak mempedulikannya.

“Dia bagaimanapun terkejut apabila anaknya itu benar-benar membunuh diri dan setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit,” katanya.

Menurut laporan lagi, mangsa sepatutnya menduduki ujian Pentaksiran Tingakatan 3 (PT3) hari ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Rasa Jering Rebus Di Terengganu?