Perhatian buat semua, gangguan bekalan air sehingga 86 jam dijangka berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Ianya susulan kerja-kerja penambaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1(LRA SSP1) mulai 9 pagi, 23 Julai ini.

BACA: Kajian: Minum Air Manis Berlebihan Risiko Hidap Kanser

Pelaksanaan kerja penambahbaikan ini perlu dilakukan bagi memastikan kualiti perkhidmatan air di kawasan sekitar dapat dipertingkatkan di masa akan datang.

Gangguan dilaporkan berkemungkinan besar akan berlaku bermula 9 pagi, 23 Julai dan akan berakhir pada 9 malam, 26 Julai.

Pada masa sama, sebanyak 15 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan diaktifkan pada jam 8 pagi, Khamis, 25 Julai 2019.

Sehubungan itu, orang ramai yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini dinasihatkan supaya menyimpan air secukupnya sebelum 23 Julai ini.

Anda boleh semak kawasan-kawasan yang terlibat dalam gangguan berkenaan disini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥