Sudah menjadi satu trend pula mengambil gambar atau swafoto yang paling bahaya dan unik sejak kebelakangan ini.

Jika bernasib baik, anda mungkin tidak cedera atau paling teruk meninggal dunia akibat mengambil gambar di tempat-tempat berbahaya.

BACA: Demi Selfie, Sanggup Panjat Pencawang Elektrik

Sumber dari kisahdunia.com

Seorang remaja perempuan di Jawa Tengah, Indonesia, nyaris maut apabila kepalanya dilanggar oleh sebuah keretapi yang melintas laju di belakangnya ketika dia dan rakan-rakan sedang sibuk mengambil gambar.

Mangsa kejadian, Ely Hayati, 16 tahun, ingin mengambil gambar di tepi landasan keretapi selepas dia dan tiga rakannya melintasi landasan tersebut.

Oleh kerana terlalu leka mengambil gambar, mereka tidak sedar ada sebuah keretapi bergerak laju melintasi mereka dan Ely yang berada di bahagian belakang tidak sempat mengelak dan dilanggar hingga terduduk sambil berlumuran darah.

Sumber dari kisahdunia.com

Dia dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah di kepala dan doktor masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai keadaan Ely.

Jangan mengambil risiko nyawa anda hanya kerana sekeping gambar. Banyak lagi tempat yang mempunyai pemandangan cantik yang boleh diambil gambar selain tempat-tempat berbahaya seperti jambatan keretapi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Potong Tangan Isteri Kerana Cemburu
Tragedi Berdarah Mandi Pantai

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry