Umum mengetahui, Kementerian Kesihatan sudah menguatkuasakan peraturan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan mulai 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, masih kedengaran ketidakpuasan hati berhubung peraturan tersbeut. Kumpulan Pertahankan Hak Perokok (PHP) menyifatkan keputusan kerajaan menguatkuasa larangan merokok di kedai makan sebagai “buli”.

BACA: Kerajaan Tolak Cadangan Ruang Khas Merokok Di Restoran

Menurut Pengerusinya Mohd Hanizam Yunus, pelaksanaan secara undang-undang yang bermula 1 Januari lalu itu disifatkan keterlaluan kerana perokok juga mempunyai hak.

“Kita tidak pernah persoalkan apabila hospital dan bangunan kerajaan diwarta sebagai kawasan larangan merokok tapi bila masukkan tempat makan terbuka, ia keterlaluan,” katanya.

“Perokok juga ada hak kerana kita juga menyumbangkan kepada cukai tembakau yang dikutip kerajaan”.

Kumpulan Pertahankan Hak Perokok (PHP) pada 31 Disember lalu memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar larangan itu dengan menamakan Kementerian Kesihatan sebagai responden.

Bermula tahun ini, semua restoran dan premis makanan terbuka telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok. Bagaimanapun, perokok masih boleh merokok di tempat awam namun hanya dibenarkan di kawasan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pecahkan Lengan Ketam Guna Hammer Thor?