Pasti ramai yang mengenali ikan hiasan Flower Horn yang pernah menjadi satu trend memeliharanya Malaysia satu ketika dahulu dan harga jualannya boleh tahan mahal juga sehingga mencecah ribuan ringgit untuk seekor ikan tersebut.

BACA: Wahai Peminat Roti Gardenia, Ini Harga Terbaru Yang Anda Perlu Tahu

Ramai yang mempercayai ikan ini bukanlah untuk dimakan bahkan bagi kami juga tak tergamak rasanya nak makan ikan yang dibeli dengan harga ribuan ringgit.

Gambar: Facebook Muhammar Firdaus

Namun tidak bagi Muhammad Firdaus yang telah kongsikan bagaimana cara dia mengoreng ikan flower horn dan merasai daging ikan hiasan ini.

Perkongsiannya itu meraih jutaan respon daripada masyarakat tempatan dan luar negara terutamanya dari Indonesia, Vietnam dan Thailand.

Gambar: Facebook Muhammar Firdaus

Menurut Firdaus, dia membeli ikan tersebut dengan harga RM2,000 dan memang bertujuan untuk memakannya dan bukan untuk memelihara.

Dia juga turut kongsikan proses menyiang ikan tersebut dan menunjukkan bahawa jondolan ikan flower horn itu mengandungi lemak dan sedikit isi daging.

“Rasa okay..macam rasa ikan talapia..Sebenarnye bonjol kat kepala ikan flower hon tu terkandung lemak ikan dengan daging sikit..macam agar-agar lembik tapi kenyal,” tulisnya.

Firdaus turut menyoal kembali persoalan orang ramai yang mempertikai tindakannya memakan ikan hiasan tersebut kerana baginya ikan tersebut tetap ikan yang berfungsi sebagai makanan kepada manusia dan baginya harga yang mahal bukan bermaksud tidak boleh memakannya.

Gambar: Facebook Muhammar Firdaus

“Yes, it’s expensive. That hump on her head is nothing but fat. We remove them. Why I eat this fish? What? Why not?” ujarnya lagi.

Setakat ini video dan gambar ikan flower horn goreng kunyit itu meraih lebih 3 juta tontonan dan puluhan ribu share di Facebook.

Gambar: Facebook Muhammar Firdaus

VIDEO: Pintu Suka Hati Memang Wujud?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram