Bila bulan puasa tak sah rasanya kalau tak ke bazar Ramadan. Tapi, bila bercerita tentang bazar Ramadan, setiap tahun pasti akan ada kisah yang tak sedap didengar seperti makanan yang dibeli indah khabar dari rupa.

Namun berbeza dengan isu kali ini, dimana seorang lelaki menuduh peniaga menjual keropok lekor yang mengandungi plastik.

BACA: Kajian: Plastik Nasi Himpit Penyebab Kanser

Video yang kini tular di media sosial menunjukkan lelaki itu yang membeli keropok lekor cuba membuat eksperimen dengan membakar keropok dihadapan gerai tersebut. Apabila mendapati keropok lekor itu terbakar, lelaki itu dengan beraninya memberitahu peniaga tersebut bahawa keropok lekor yang dijual mengandungi plastik.

Adakah plastik jer boleh terbakar? Kesian orang nak berniaga..

Posted by Sukan Star TV – sstv.my on 22hb Mei 2018

“Makcik, tolong jangan jual ni, ni plastik. Plastik. Keropok lekor boleh terbakar macam gini ke? Baik jangan jual lah. Kesihatan. Ni plastik! Ni plastik, bau pun dah tahu.”

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata mereka berang dengan tindakan lelaki tersebut yang tidak tahu kandungan keropok tersebut yang menyebabkan ianya boleh terbakar.

Tidak kurang juga ada yang menasihati lelaki itu agar membuat aduan ke pihak sepatutnya jika benar peniaga itu menjual keropok yang mengandungi plastik.

Betul tu, jika keropok tersebut mengandungi plastik, lebih baik buat aduan terus. Bimbang jika ianya tidak benar, peniaga tersebut boleh membuat tuntutan saman kerana cuba memalukan pihak mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

VIDEO: Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry 😍 😍 😍