Seperti diketahui rokok membahayakan kesihatan tetapi berbeza dengan kes ini dimana seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Sultan Ismail, dapat diselamatkan dengan menggunakan rokok.

Memetik laporan The Malay Mail, pegawai operasi bomba Muar berkata pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamat lelaki 30 tahun itu.

BACA: Ditegur Habiskan Keropok Lekor, Lelaki Ugut Bunuh Bapa

Menurut laporan, seorang lelaki dilihat berkelakuan ganjil di jambatan tersebut kira-kira 10.15 malam pada Selasa lalu. Kelakuannya itu menarik perhatian penunggang motosikal yang lalu disitu yang bertindak mengubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

“Kami syak dia mahu terjun daripada jambatan dan cuba memujuknya untuk ke bahagian tengah bagi mengelak kejadian tidak diingini,” kata Ramli Said.

“Berikutan itu, kami cuba memujuknya termasuk mengumpan sebatang rokok dan memujuk mangsa sebelum berjaya menangkap mangsa dan dibawa ke kawasan selamat.”

Operasi tamat pada jam 10.56 malam. Sementara laporan kejadian berkenaaan disahkan ketua polis Muar ACP Zaharudin Rasip.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?