Sebuah lukisan ‘cincai’ oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berjaya dijual dengan harga USD16,000 (RM67,650). Meskipun sekadar lukisan cincai dan kelihatan tidak bernilai, namun lukisan tersebut berjaya menambat hati seorang pembeli.

BACA: Markah Game Tinggi, Hospital Bagi Diskaun Bersunat

Julien Auctions mendedahkan lukisan berskala 12 inci panjang dan sembilan inci lebar – yang memaparkan Bangunan Empire State – itu dilukis Trump pada 1995.

Lukisan yang terhasil daripada pen ‘marker’ hitam di atas sekeping kertas putih itu dilelong dalam sebuah bidaan amal ketika Trump merasmikan pembukaan estet Mar-a-Lago.

Lukisan tersebut pada awalnya dianggarkan bernilai sekitar USD8,000 (RM33,000) hingga USD12,000 (RM50,000).

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kasut Paling Mahal?