Bukan mudah untuk kerjaya sebagai seorang guru dimana tugas mereka bukan sahaja sebagai pendidik tetapi dalam masa sama membentuk sahsiah dan jati diri pelajar agar dapat menjadi pemimpin di masa depan.

Apa yang pasti, tidak terbalas jasa mereka namun apa yang guru impikan adalah menghormati dan mengingati jasa mereka yang banyak mencorak kehidupan anak didiknya.

BACA: “Guru Tak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan”

Baru-baru ini, World Index mengeluarkan kaji selidik mengenai 35 negara yang menghormati guru. Apa yang membanggakan Malaysia menduduki tangga kedua di dunia paling hormati guru.

Kaji selidik itu dilakukan oleh sebuah yayasan dalam pembangunan pendidikan dan guru peringkat global iaitu Yayasan Varkey.

Negara China menduduki tangga pertama diikuti Taiwan berada tempat ketiga diikuti Rusia (empat) dan Indonesia (lima).

Amerika Syarikat pula berada tempat ke-16 iaitu di belakang United Kingdom manakala Jepun pula di kedudukan ke-18.

Yayasan Varkey diasaskan oleh seorang ahli perniagaan terkenal India, Sunny Varkey iaitu Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Vikas Pota.

Yayasan itu juga turut memberi fokus utama meningkatkan kapasiti guru di peringkat global yang melatih ribuan tenaga pengajar itu dalam pembangunan beberapa negara termasuk menyediakan akses pendidikan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥