Baru-baru ini, tular satu rakaman video menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki ekoran anak perempuannya dirotan oleh guru terbabit di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor .

Difahamkan, guru lelaki berkenaan merotan pelajar perempuan itu disebabkan dia bersikap biadap dengan menggelarkan cikgu tersebut sebagai ‘pondan’.

BACA: SPRM: Ada Guru Minta ‘Habuan’ Kalau Nak Markah Tinggi

Foto: Facebook Borneo

Perkara tular itu mendapat reaksi dari Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, yang memaklumkan bahawa guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutama di bahagian tidak sepatutnya.

Jelasnya lagi, hukuman rotan tidak dibenarkan untuk pelajar perempuan manakala untuk pelajar lelaki hanya boleh merotan dengan ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di pemantauan guru besar.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan melakukan siasatan mengenai kes berkenaan dengan kerjasama pihak polis.

Disebalik kekecohan kes tersebut, netizen turut memberikan pandangan mereka mengenai isu berkenaan.

Apa pun kes tersebut masih dalam siasatan dan diharap netizen tidak menunding jari  menyalahkan mana-mana pihak.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥