Sekarang sana sini memang viral mengenai bubble tea. Malah, semakin banyak kedai minuman bubble tea dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Sana sini ada saja kedai minuman bubble tea.

Namun, siapa yang tidak kecewa jika wajah dijadikan bahan jenaka apabila ada individu menyamakan tahi lalat di wajah dengan jeli boba.

BACA: Family Mart Perkenal ‘Brown Sugar Bubble Milk’, Hanya RM4.90!

Itu yang dilalui oleh Adilah Ayeisha Qisteena apabila tahi lalat di atas bibirnya disamakan dengan boba.

Gadis itu turut memuat naik komen penghinaan dua individu terhadapnya di Twitter dan menjadi bualan ramai netizen.

Menurutnya lagi, dia tiada niat untuk membuka aib dua individu berkenaan namun perkongsiannya itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Kenapa perlu diam kalau orang ejek rupa paras kita? Ia satu perbuatan yang tidak wajar.

“Semua orang kena tahu, tak normal untuk kutuk penampilan orang apatah lagi sesuatu yang kita tak boleh ubah.

“Mula-mula tengok rasa kecil hati, orang yang tak kenal pun cakap macam tu. Kawan sendiri pun ada batasnya, apatah lagi orang luar,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, gadis itu mengakui sudah lali dengan penghinaan terhadap tahi lalat di wajahnya. Malah, ketika di bangku sekolah cikgu pun bergurau mengenai tahi lalatnya.

“Pernah masa zaman sekolah dulu, cikgu pun bergurau pasal tahi lalat saya. Rasa terkedu dan malu depan kawan-kawan. Saya kecil hati dan menangis,” katanya.

Namun, gadis itu berkata dia kini yakin dengan dirinya sendiri dan terima wajahnya seadanya.

Semua manusia dilahirkan sempurna, siapa kita untuk menghina ciptaan Tuhan. Buat netizen diluar sana, berhati-hatilah sebelum memberikan sesuatu komen. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini LOkasi Bubble Tea Paling Hot Di Hartamas, Siap Ada Cheese!