Selasa lalu merupakan hari pertama YB Mohamad Sabu menjalankan tugas sebagai Menteri Pertahanan Malaysia. Dalam satu temubual baru-baru ini, Mat Sabu mengakui kehidupannya sedikit berubah selepas menyertai Menteri Kabinet.

Jika dahulu, hidupnya sentiasa dekat dengan rakyat, namun kini ada undang-undang dan protokol yang perlu dipatuhi. Namun baginya, beliau tetap ‘Mat Sabu yang sama’.

BACA: PM Tertua Di Dunia, Tun Mahathir Pecah Rekod Dunia

Baru-baru ini, foto di hari pertama sebelum beliau menjalankan tugas tulat di media sosial. Menerusi foto tersebut, Mat Sabu dilihat sedang keluar dari rumah teres bersama isterinya. Turut kelihatan sebuah kereta Perodua Viva dan sebuah motosikal kapcai.

Terharu tengok gambar, pejuang yang tak kenal erti kalah


Simple isteri Abang Mat, macam tak percaya

Ramai yang terkejut milihat gambar tersebut dan tidak menyangka bahawa Mat Sabu seorang yang sangat bersederhana dan rata-rata netizen memuji penampilan isteri Mat Sabu yang berpakaian biasa.

Ada diantara netizen yang mendoakan agar pangkat tidak akan merubah hati dan sikap seseorang. Semoga semua pemimpin yang  dipilih oleh rakyat kali ini dapat membina semula Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)