Rasanya, apa yang membuatkan mi sup ini antara yang paling mahal di dunia? Ada letak emas ke, mungkin ada berlian atau permata? Namun sememangnya mi sup daging ini dijual dengan harga yang tidak masuk akal.

Sebuah restoran di Shijiazhuang, Wilayah Hebei, China, menjadi perhatian ramai apabila hidangan mi sup daging lembu dijual dengan harga 13,800 yuan (RM8,200) semangkuk.

BACA: Minum Sup Ikan, 100 Tulang Ikan Sangkut Di Dubur

Hidangan ini dikatakan mahal kerana mengandungi empat bahan yang berasal dari langit, tanah dan laut. Malangnya, restoran tersebut tidak menyatakan apa bahan-bahan itu.

Menurut pengurus restoran, sejak menu itu diperkenalkan enam bulan lalu, hanya empat mangkuk telah disediakan kepada pelanggan.

Rata-rata netizen mengatakan, mi sup tersebut dijual dengan harga yang mahal kerana menggunakan daging lembu sebenar dan tidak dapat di restoran lain.

Ada juga yang mengatakan tiada apa yang istimewa tentang hidangan tersebut. Menu tersebut diperkenalkan hanya untuk gimik semata-mata serta menarik perhatian pelanggan datang ke restoran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?