Meskipun kecoh mengenai kontroversi melibatkan syarikat penghantaran makanan Foodpanda, namun ia tetap menjadi pilihan ramai yang lebih gemar membeli makanan tanpa perlu keluar rumah.

Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh apabila ada pengguna mengambil kesempatan meminta penghantar makanan untuk membelikan makanan yang tiada kena mengena dengan restoran yang terlibat.

BACA: Bengang Kenyataan Bos Foodpanda, Netizen Boikot Padam Aplikasi

Seperti dikongsikan oleh seorang gadis ini akhirnya menerima padah apabila dia meminta penghantar makanan Foodpanda membelikan roti disamping menghantar makanan yang dipesan.

Luah gadis itu lagi, dia hanya meminta pertolongan daripada penghantar makanan untuk membelikan roti sahaja dan akan membayarnya.

Seperti sudah dijangka, perkongsian gadis tersebut dikecam teruk oleh netizen. Kata netizen, tugas penghantar makanan Foodpanda hanya membabitkan makanan dari restoran yang terdapat dalam aplikasi tersebut sahaja.

Ujar netizen lagi, jika ada penghantar makanan yang membelikan roti untuknya ianya adalah atas ehsan individu tersebut dan tidak boleh dipersalahkan jika mereka menolak.

Sampai nak beli roti pun minta rider Foodpanda belikan atau mungkin rumah gadis tersebut jauh daripada kedai atau tinggal di pedalaman?

Jangan lupa untuk ikuti kami di FacebookΒ danΒ Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?