Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bayi perempuan berusia 14 bulan meninggal dunia akibat jangkitan Difteria atau akut pernafasan. Menurut laporan, pesakit tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria kerana keluarga enggan menerima imunisasi.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ibu bapa yang sengaja menolak vaksin boleh dianggap berdosa kerana tindakan mereka itu mendatangkan risiko dan bahaya kepada anak.

BACA: Akibat Anti Vaksin, Bayi Maut

Beliau turut menggesa kepada ibu bapa yang masih ragu-ragu supaya merujuk kepada pakar. Ujarnya lagi, pihak agama sudah menerbitkan banyak fatwa berhubung keperluan vaksin dan imunisasi.

“Kita telah buat fatwa banyak kali. Harus dan boleh kita pakai kalau tiada benda lain dan hanya itu sahaja yang ada, bahkan wajib kita pakai untuk menyelamatkan nyawa.

“Ibu bapa tidak sepatutnya fikir begitu. Kalau sudah dinasihatkan oleh pihak berkuasa kesihatan, mereka mesti ambil. Wajib ambil,” katanya kepada FMT.

Harussani, yang juga ahli majlis fatwa kebangsaan, mengingatkan ibu bapa bahawa “Islam itu mudah” dan menggesa mereka memikir semula persepsi negatif terhadap vaksin.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱