Nak Tambah Isteri Tapi Kena Tetak

0
581

Gara-gara membuat permintaan untuk berbini dua, seorang lelaki berusia 55 tahun menerima 15 jahitan di kepala dan badan susulan ditetak isteri menggunakan pisau pemotong sayur dalam satu kejadian yang berlaku di Kampung Manek Urai Lama, minggu lalu.

BACA: Tragedi Berdarah Mandi Pantai

Kejadian berlaku ketika si mangsa sedang baring sebelum isterinya, 56 tahun, mengambil pisau dan bertindak menetak suaminya.

Ketakutan, si suami meluru keluar daripada rumah sebelum dihantar ke klinik Manek Urai bagi mendapatkan rawatan.

Difahamkan, lelaki terbabit menerima 15 jahitan di bahagian kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj menjelaskan pasangan tersebut telah pun berbaik semula.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Tom Yam Sampai Tersedak?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here