Jika semalam Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V membuat seluruh Dewan Rakyat ketawa besar apabila memulakan ucapan dengan pesanan yang mencuit hati, hari ini muncul pula satu berita yang tidak sedap didengar mengenai persidangan Parlimen tersebut.

Sekeping gambar menu sajian mewah berasaskan daging lembu wagyu dipercayai dihidangkan pada jamuan tengah hari di Parlimen tular di media sosial.

BACA: Jijik! Lelaki Dakwa Masak Kakinya Yang Dipotong

Menu hidangan tersebut menjadi perhatian ramai kerana harga daging tersebut dikatakan mencecah antara RM1,500 hingga RM2,000 sekilogram bagi gred B.

Seorang pengguna Twitter mempersoalkan hidangan sajian mewah itu sedangkan sebelum ini kerajaan baru mendakwa negara kini menanggung hutang mencecah RM1 trilion.

Selain itu, ada segelintir netizen mempertikaikan cara daging mahal itu dimasak . Mereka mempersoal mengapa daging mahal itu dimasak bersama kicap sahaja.

Memetik laporan mStar, sumber memberitahu, hidangan daging wagyu itu hanya dihidangkan untuk tetamu meja utama sahaja membabitkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah, serta Speaker Dewan Rakyat, Speaker Dewan Negara, dua timbalan Speaker dan Ketua Hakim Negara.

Ramai yang tidak tahu, daging wagyu adalah baka lembu di Jepun. Daging wagyu sendiri merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Terjah Johara Pagi Era & Rasa Burger Bihun Johan