Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai Da’i Farhan dengan kontroversi rumah tangga dan isteri barunya. Apa saja berita yang dilaporkan mengenai pendakwah itu pasti akan dihujani dengan kecaman netizen.

Pasti ramai tahu bahawa mengenai kenyatannya yang menolak 18 orang wanita yang ingin menjadi isteri keduanya tular tular di media sosial sehingga ada yang membuat parodi.

BACA: Petisyen Tarik Balik Panggilan Untuk Penunggang Agama Dilancarkan

Malah, isu Da’i Farhan itu turut dijadikan diss track oleh artis indie, Apa Cita DJMS yang diberi judul Gila Madu1819. Hasil carian netizen, lagu tersebut merupakan hasil ciptaan seorang lelaki bernama Muhammad Hafidz yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu-lagu rap parodi.

Apa yang pasti lagu tersbeut ternyata menarik perhatian warga netizen yang terhibur dengan mesej ‘makan dalam’ yang disampaikan. Malah ada yang berharap agar lagu tersebut dipertandingkan di dalam Anugerah Juara Lagu akan datang.

Memang terus melekat dalam kepala bila dengar lagu ni. Rasanya ramai yang berulang banyak kali sebab terhibur dengan ‘aura’ lagu tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

ARTIKEL BERKAITAN:
Luar Rock Habis, Ilmu Agama Tip Top
Makan Meggi Dalam Gayung Masjid Buat Ramai Sebak
Ini Penyokong Indonesia Dapat Bila Menyamar Jadi Penyokong Malaysia

Kambing Golek & Satay Pilihan Hati