Walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna seperti orang lain, namun ianya tidak menjadi penghalang buat lelaki ini untuk berjaya. Kisah lelaki ini mungkin boleh menjadi inspirasi buat mereka diluar sana bahawa tidak ada yang mustahil untuk mencapai kejayaan.

Ikhsan Sirat, 57 yang juga orang kurang upaya (OKU) kerdil mampu tersenyum bangga apabila dia kini memiliki lima buah trak makanan menjual kebab yang mampu menjana jualan mencecah RM8,000 sehari.

BACA: Ketupat Palas Laku Habis, Raih RM5,000 Satu Malam

Memetik laporan Harian Metro, Ikhsan Sirat bermula sebagai peniaga burger di pasar malam kira-kira 30 tahun lalu. Menurutnya pada ketika itu, harga burger yang dijual olehnya hanya RM1.

Foto: Harian Metro

Selepas 10 tahun berniaga burger, Ikhsan kemudian beralih kepada perniagaan kebab kerana ia lebih mudah untuk dikendalikan dan lebih memberikan keuntungan.

“Mula-mula saya berniaga dulu, saya perlu bersaing dengan lima lagi gerai yang jual burger dan ia diusahakan oleh orang normal.

“Tapi saya tak jadikan ia sebab untuk rasa rendah diri. Saya percaya kalau makanan yang dijual sedap dan ‘servis’ bagus mesti pelanggan akan beli,” katanya.

“Dari segi fizikal, saya tidak ada masalah untuk bergerak cuma jual burger perlu lebih ramai pekerja dan saiz kuali yang besar buat saya susah sikit nak masak,” katanya.

Foto: NST

Dalam pada itu, Ikhsan yang lebih mesra dipanggil ‘Wak’ menganggap keadaan fizikalnya yang istimewa itu merupakan satu kelebihan yang membuatkan pelanggan lebih mudah untuk mengingatinya.

“Pelanggan yang datang balik selalunya akan dapat cari gerai saya semula sebab ingat akan fizikal saya yang berbeza dari orang lain,” katanya.

Jadi buat anda diluar sana, jadikan kisah kejayaan Wak ini sebagai motivasi untuk lebih berjaya kerana tiada apa yang mustahil dan kejayaan tidak datang bergolek.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?