PTPTN : Mulai 2019, Potongan RM40 Bagi Gaji RM2,000

Isu PTPTN sehingga ke hari ini seolah-olah tiada jalan penyelesaian bagi memuaskan hati semua pihak. Bagaimanapun, perkara tersebut sudah mancapai kata putus dimana mulai 1 Januari 2019, potongan RM40 ke atas peminjam yang gajinya mencecah RM2,000 sebulan.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, buat masa ini itu adalah jalan terbaik yang dapat ditawarkan kerajaan.

BACA: “Kawan Pinjam Maggi Berkira, Kau Pinjam 30k Rusuh Tak Nak Bayar?”

Katanya lagi, turut dilaksana mulai Januari depan adalah pengecualian bayaran balik pinjaman kepada peminjam daripada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40) yang mendapat kelas pertama.

“Yang mampu kita lakukan buat masa ini ialah meletakkan RM2,000 sebagai threshold untuk permulaan pembayaran dan kemudiannya akan meningkat berdasarkan pendapatan (peminjam).

“Kabinet juga bersetuju bahawa dikecualikan pembayaran pinjaman bagi mereka yang mendapat first class honour (kepujian kelas pertama) daripada kumpulan M40, cadangan asalnya untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40),” katanya.

Dalam pada itu, menjawab berkaitan janji manifesto Pakatan Harapan untuk mereka yang bergaji RM4,000 ke atas diwajibkan membayar balik pinjaman, kerajaan akan berusaha untuk cuba menunaikannya selepas kewangan negara kembali stabil.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥


«