Dengar seperti tidak masuk akal, tapi ianya benar. Tahukah anda satu masa lalu, ada pil emas yang dicipta bagi membolehkan seseorang membuang najis ’emas’?

Pil itu telah dihasilkan pada tahun 2012, dicipta oleh syarikat Tobias Wong dan Ju$tAnother Rich Kid.

BACA: Ini Sebab Najis Manusia Dijual RM1 Juta

Inspirasi pil ciptaan ini adalah manusia boleh memiliki segalanya apabila hidup terlalu mewah. Apa yang pasti kapsul emas tersebut bukan murah harganya.

Sesuai dengan mereka yang kaya, ia dijual dengan harga RM1,600 dan setiap pil mengandungi 24 karat emas.

Menurut pengarah syarikat berkenaan, Kenneth W. Courtney ketika itu, jika anda hidup mewah, anda boleh dapatkan segalanya termasuk najis yang berkilauan dengan emas.

Namun ia adalah bukti bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja apabila mereka hidup terlalu mewah.

 

Namun itu bukan kali pertama kombinasi najis dan emas dicipta. Pada tahun 2007, Terence Koh yang erupakan seorang artis dilaporkan telah menjual najis emasnya sebagai karya seni dengan harga RM1.9 juta.

Sekarang ni manusia sanggup buat apa saja untuk buktikan mereka kaya sehingga sanggup menukar najis menjadi emas.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kena Baling Dengan Keropok?