Sekumpulan remaja pernah menggemparkan negara dengan memanjat papan tanda IPOH yang agak membahayakan keselamatan mereka pada awal tahun ini kini mengulang kembali tindakan mereka dengan ‘menceroboh’ papan tanda itu untuk mengibarkan Jalur Gemilang gergasi.

BACA: Ipoh Lagi Bersih Dari Johor Bahru?

Video berdurasi selama 54 saat itu menunjukkan kumpulan yang digelar ‘Super8 Ipoh’ membuat persiapan untuk mengibar Jalur Gemilang di atas mercu tanda ibu negeri Perak berkenaan.

Ketua kumpulan yang dikenali sebagai Faiz, 24 tahun, memberitahu bahawa mereka tidak serik untuk melakukan aksi berbahaya kerana mereka berniat untuk membuat sesuatu yang istimewa sempena Hari Malaysia.

Sumber dari thestar.com.my

Menurutnya, mereka tidak mempunyai idea lokasi yang sesuai untuk mengibarkan Jalur Gemilang gergasi itu semasa video itu dihasilkan.

“Niat kami memang untuk menjadikan video itu viral kerana mahu menunjukkan kepada orang ramai mengenai semangat serta keharmonian kami pelbagai bangsa menyambut Hari Malaysia,” jelasnya.

Selain itu, dia turut menerangkan bahawa setiap rakan-rakannya menggunakan tali yang mengikat pinggang tubuh masing-masing di palang besi papan tanda tersebut semasa menaikinya.

“Tiada sebarang papan tanda mahupun pagar di kawasan berkenaan, jadi kami memberanikan diri memanjat mercu tanda terbabit sebelum mengibarkan Jalur Gemilang yang mengambil masa kurang daripada 10 minit,” katanya sambil mengakui tidak meminta kebenaran untuk menaiki papan tanda itu kerana yakin lokasi itu tidak mempunyai papan tanda larangan menceroboh.

Justeru itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon turut berkata pihak mereka tidak menerima sebarang laporan polis mengenai kejadian berkenaan setakat ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sempat Rembat Headphone Sony Harga RM1, 299?