Ipoh yang merupakan sebuah bandaraya yang mempunyai tarikannya yang tersendiri baik dari sejarah, tempat menarik mahupun pelbagai tempat makan untuk pengunjungnya dan ia juga merupakan ibu negeri kepada Negeri Perak Darul Rizuan.

BACA: Ini Sebab Ribena Ditarik Dari Pasaran

Baru-baru ini bandaraya yang terkenal dengan bangunan klasik stesen keretapi itu telah diumumkan sebagai bandar terbersih di Malaysia untuk tahun 2016.

Bandaraya Ipoh mendapat 5 bintang pengiktirafan dalam sistem pihak berkuasa tempatan dengan markah sebanyak 97.45 peratus dan meletakkan Pulau Pinang di tempat kedua dan Johor Bahru di tempat yang ketiga.

Pengumuman itu dilakukan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) semalam.

Beliau turut memberitahu, Ipoh turut menjadi contoh kepada bandaraya yang lain daripada segi pengurusan sisa buangan.

“Pada tahun 2008, Ipoh hanya mendapat tiga bintang namun mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan dan memperbaiki kesilapan.

“Bahkan setiap tahun pelbagai penambahbaikan dilakukan sehingga diumumgkan tempat pertama pada tahun ini,” ujarnya sepertiyang dilaporkan The Star.

VIDEO: Vitdaily Terjah Johara Pagi Era

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram