Boleh dikatakan kelab hiburan Zouk menjadi popular selepas selebriti sensasi Neelofa mengadakan majlis pelancaran tudungnya di tempat tersebut.

Berikutan itu, isu tersebut menarik minat calon PAS, Mohamad Noor Mohamad untuk memindahkan Zouk keluar dari Parlimen Titiwangsa jika menang di kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei ini.

BACA: Ibu Bersalin Cuti 2 Tahun Jika PAS Jadi PM

Memetik laporan Berita Harian, Mohamad Noor berkata, tindakan itu bagi menangani isu gejala sosial dikalangan orang Islam dan kesesakan lalu lintas.

“Dari jam 10 malam ke atas, kita boleh lihat sendiri kesesakan lalu lintas yang teruk dan lebih menyedihkan apabila melihat segelintirnya adalah orang Islam turut berhibur di kawasan itu.

“Statistik menunjukkan sebanyak 71 peratus pengundi Melayu daripada 65,000 pengundi keseluruhan di Parlimen Titiwangsa.

Menurutnya lagi, kelab hiburan tersebut perlu dipindahkan ke kawasan yang majoritinya dikunjungi oleh orang bukan Islam.

“Sewajarnya, ia dipindahkan ke kawasan yang majoriti masyarakat bukan Islam seperti Bukit Bintang atau lain-lain lokasi yang sesuai khusus untuk berhibur,” katanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)