Isnin lalu, dua remaja dicekup pihak polis atas cubaan menjual bayi kembar mereka menggunakan platform jual beli online dengan menawarkan harga RM15,000. Memaparkan tajuk ‘Kembar Untuk Dijual’ tindakan tersebut mendapat perhatian pihak berkuasa ekoran iklan penjualan bayi kembar itu turut tersebar di platform Whatsapp.

BACAIPhoneX Mahal Sangat, Beli Telefon Android Ini

Pihak polis menahan seorang remaja lelaki dan teman wanitanya di dua lokasi berbeza.

Difahamkan, remaja perempuan berusia 20 tahun telah ditahan di Setapak sekitar jam 8 malam sementara teman lelakinya berusia 18 tahun di tahan sejam kemudian di Ampang.

Kedua-dua bayi terbabit telah pun diserahkan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan kes tersebut sedang disiasat dibawah Seksyen 48 Akta Kanak-Kanak 2001.

Warga laman sosial turut berasakan platform jual beli online terbabit turut perlu bertanggungjawab ke atas insiden itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Boleh Ke Resell G-Shock Sampai RM20,000?