‘Caj pencemaran’ akan dikenakan kepada pasar raya, rangkaian kedai dan restoran di jika didapati masih menggunakan beg plastik konvensional dalam perniagaan bermula tahun hadapan.

Memetik laporan Harian Metro, Menurut Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin, kerajaan negeri akan diberi tempoh selama tiga tahun dari 2019 sehingga 2021 untuk menguat kuasakan caj pencemaran tersebut.

BACA: Ini Pasar Raya Pertama Di Dunia Ganti Bekas Plastik

“Kerajaan negeri akan menentukan nilai caj dan bila ia akan dilaksanakan. Kita serahkan kepada kerajaan negeri bila mahu mengumumkan perkara ini kerana setiap negeri mempunyai tahap kesedaran yang berbeza.

“Kutipan caj ini akan dikumpulkan dalam satu tabung dan dana boleh digunakan untuk tujuan seperti kempen kesedaran atau memberi beg beli-belah boleh guna semula kepada orang awam. (Tetapi) Ia tidak boleh digunakan bagi tujuan lain.

Dalam masa sama, pihaknya juga berharap dapat meningkatkan bilangan pengeluaran beg plastik boleh terurai pada kadar yang kompetitif bagi kemudahan pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Kebaikan Letak Duit Syiling Dalam Peti Ais
Teka Jumlah Bekas Kuih Raya Tarik 20, 000 Penyertaan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Lokasi Makan Tengahari RM3 Di Bangsar