Tanggungjawab pengulas sukan adalah sangat berat kerana mereka harus memastikan penonton tidak bosan dan semalam dua orang pengulas sukan Astro Arena sempat berjenaka dan ramai penonton terhibur dengan mereka.

Lawak mereka bersahaja dan tidak meleret menghiburkan sesiapa yang menonton saluran sukan tersebut sempena Sukan SEA 2017.

BACA: Pemain Ragbi Malaysia Buat Penonton Sebak

Semuanya berlaku apabila seorang pengulas sukan di Pusat Penyiaran Antarabangsa, MITEC, Akbar Sahari bertanya kepada seorang pengulas sukan yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahmed Shahrazad Sani mengenai cuaca di stadium. Kemudian, Shahrazad melihat langit dengan spontan dan menyatakan bahawa awan dan langit kelihatan cerah.

Sebelum itu, Akbar sempat berjenaka sebelum memberi laluan kepada Shahrazad bercakap dengan menyuruhnya senyum sedikit dan janganlah kelihatan marah sangat.

“Ha, macam tu la senyum,” katanya lagi dalam video berdurasi selama sembilan saat itu. Kedua-dua video ini dikongsikan oleh pengguna laman sosial Twitter, @fakhput dan mendapat 25,000 retweet.

Ternyata pengguna-pengguna laman sosial tersebut terhibur dengan lawak dua pengulas sukan itu yang disifatkan sebagai kreatif.

Malah, ada juga yang bersetuju dengan cara sebegini akan membuatkan penonton tidak bosan serta lebih berminat untuk menonton saluran berkenaan.

Kini, orang ramai kelihatan boleh menerima cara terbaru pengulas sukan seperti ini dan mungkin dengan cara ini, ia dapat menarik lebih ramai rakyat Malaysia untuk meminati saluran sukan selain menonton drama Melayu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Bila Makanan Panas, Tapi Kau Tibai Jugak