Sejak semalam kecoh di media sosial apabila dikhabarkan pihak polis berhak memeriksa telefon pintar orang awaam tanpa waran dan juga secara rambang.

Bagaimanapun, kenyataan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Mohd Azis Jamman telah disalah ertikan sehingga menyebabkan kekeliruan. Susulan itu, pihak Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan satu kenyataan berhubung isu berkenaan.

BACA: Polis Akan Tahan Pelajar Ponteng Sekolah Bawa Ke Balai

Menurut kenyataan tersebut, pihak polis hanya boleh meminta atau merampas telefon bimbit orang yang disyaki terlibat dalam mana-mana siasatan yang sedang dijalankan dan bukan orang awam secara rambang.

Pemeriksaan telefon bimbit hanya dilakukan apabila individu disyaki melakukan suatu kesalahan jenayah di bawah peruntukan undang-undang seperti yang dinyatakan dalam kenyataan di atas.

Dalam pada itu, perkara itu turut mendapat perhatian Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menjelaskan bahawa polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit orang awam.

Pihak polis hanya boleh memeriksa telefon orang awam jika ia dikaitkan dengan siasatan terhadap orang tersebut.

Ujarnya, harus ada laporan polis yang dibuat terhadap seseorang, dan mereka menyiasat orang itu, atau polis mengesyaki seseorang terlibat dalam jenayah dan sedang menyiasatnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Ayam Bunyi Krup Krap, Minum Air Bunyi Ahh