Kes kereta dicuri di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru, tapi pasti ramai diantara ingin tahu model kereta apakah yang sering menjadi sasaran dan paling banyak dicuri?

Untuk pengetahuan anda, Proton Wira adalah kereta paling banyak hilang dan kekal sebagai kereta paling banyak dicuri buat kali keempat berturut-turut sejak 2016.

BACA: Jutawan Mahu Beli Proton 1 Dengan Harga RM5 Juta

Berdasarkan statistik oleh Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan Malaysia Berhda (VTREC), sebanyak 127 unit Proton Wira dilaporkan dicuri sepanjang Januari hingga Jun 2019.

Lebih mengejutkan, model kereta menduduki tempat kedua yang paling banyak dicuri ialah Proton Iswara sebanyak 82 unit diikuti Produa Kancil 70 unit.

Bagi kedudukan keempat yang paling banyak dicuri ialah Toyota Hilux dimana sebanyak 52 unit dilaporkan hilang akibat dicuri.

10 Model kereta paling banyak dicuri Januari – Jun 2019:

1. Proton Wira (127 unit)

2. Proton Iswara (82 unit)

3. Perodua Kancil (70 unit)

4. Toyota Hilux (52 unit)

5. Perodua Myvi (49 unit)

6. Proton Waja (41 unit)

7. Proton Saga (40 unit)

8. Nissan Vannette (36 unit)

9. Honda Civic (28 unit)

10. Honda City (24 unit)

Laporan VTREC juga mendedahkan 35,953 unit kenderaan dicuri sepanjang tahun lalu, berkurangan 15 peratus berbanding 2017 yang juga menurun 49 peratus secara keseluruhan dalam tempoh lima tahun lalu.

Untuk rekod, tahun lalu sahaja sebanyak 250 unit Proton Wira dilaporkan dicuri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?