Dulu kedatangannya ke negara ini disambut gembira oleh golongan wanita, kini aksi dirinya sedang berlatih tinju pula membuatkan hati ramai wanita cair melihat ketangkasannya menepis serangan dari jurulatih.

Memang tak dapat dinafikan aura dimiliki oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen memang kuat hingga mampu menambat hati gadis-gadis di luar sana.

BACA: Peminat Wanita Teruja Dapat Jumpa Putera Mateen

💦 my Sunday afternoon blues away

A post shared by Mateen (@tmski) on

Video pendek yang dimuatnaik oleh Putera Mateen di akaun laman sosial Instagram rasmi miliknya itu menunjukkan dia sedang fokus bertinju dengan seorang lelaki.

Sumber dari Twitter MateenBolkiah

Berikutan itu, video tersebut ditonton sebanyak 192,591 kali oleh warga laman sosial tersebut.

Sumber dari ohbulan.com

Malah, ruangan komen juga dihujani pelbagai pujian terhadap Putera Mateen hinggakan ada yang sanggup memintanya bertinju dengan mereka. Dahsyat betul penangan Putera Brunei ini.

Sumber dari Twitter MateenBolkiah

Mungkin kerana sifatnya yang mesra dengan rakyat membuatkan orang ramai berasa selesa untuk bergurau dengannya walaupun kadang-kadang gurauan mereka melampaui batas.

Sumber dari Twitter MateenBolkiah

Walau bagaimanapun, Putera Mateen tidak cepat melatah dan pandai menangani hal peminat-peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Perubahan Putera Mateen Dari Kecil Hingga Digilai Ramai
Seiras Putera Mateen, Gadis Ini Viral

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Itu Teh Beng Jebok Madu (100% Madu Asli 🔥🔥🔥)