Nama Putera Mateen menjadi hangat pada Sukan SEA tahun ini dengan penyertaannya dalam acara ekuestrian polo seterusnya menjadikan dia digilai oleh ramai wanita Malaysia. Walaupun dia seorang putera raja, namun Putera Mateen tetap melayan peminatnya dengan baik.

BACA: Ini Perubahan Putera Mateen Dari Kecil Hingga Digilai Ramai

Putera Brunei yang mempunyai wajah yang kacak dan mempunyai budi pekerti baik itu mencairkan beribu wanita di Malaysia ini diserbu ketika berlatih semasa acara Sukan SEA berlangsung di negara ini.

Yang menariknya, populariti putera raja ini meningkat naik hinggakan ada pengguna laman sosial mendakwa menjumpai seorang gadis memiliki wajah seiras wajahnya.

Seorang gadis tidak diketahui namanya dikatakan mempunyai wajah seiras dengan Putera ke-10 Sultan Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen tular di laman sosial.

Mungkin gadis ini tidak nampak betul-betul seperti Putera Mateen, namun sekilas pandang mata dan cara senyumannya membuatkan dia seiras dengan putera kacak tersebut. Apa pendapat anda?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Lamb Shank Sampai Puas Hati!